Silat Bangau Putih utamakan ketangkasan


Oleh – Mohd Rizal Abdullah

GUAR CHEMPEDAK –  Seni Silat Bangau Putih semakin mendapat tempat di kalangan penduduk setempat berikutan ketangkasan dan  gaya persilatannya yang menarik perhatian anak muda untuk turut sama mempelajari ilmu persilatan ini.

Silat yang diasaskan oleh Che Nat Mihad ini amat mementingkan soal ketangkasan agar dapat menempis  serangan musuh dan mempertahankan diri.

Pak Ngah(Belakang, kiri, enam) bergambar bersama-sama ahl silat Seni Silat Bangau Putih di gelanggang Kampung Batu 18.

Ketua Jurulatih Kedah Silat Bangau Putih, Mat Yunus Baharom ataupun lebih dikenali sebagai Pak Ngah berkata, terdapat 12,000 ahli seni Silat Bangau Putih yang berdaftar di negeri Kedah.

“Sebagai manusia biasa, kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu mempertahankan diri untuk mengelak sesuatu  di luar jangkaan.

“Penjenayah mampu membuat apa sahaja sehingga ke tahap membunuh untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan. Jikalau kita tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri, kemungkinan kita juga akan menjadi mangsa kepada penjenayah,” katanya

Menurutnya,  Silat Bangau Putih bukan saja mengajar mengenai aspek ilmu mempertahankan diri, malah turut mementingkan disiplin dan tanggungjawap kepada agama dan negara.

“Golongan wanita turut  berminat untuk menyertai seni silat ini. Seperti  sedia maklum, golongan wanita adalah golongan yang lembut dan penuh dengan kesopanan. Melalui ilmu persilatan ini, kelembutan golongan wanita masih diterapkan walaupun berkecimpung dalam dunia persilatan.

“Wanita antara golongan yang terdedah kepada  bahaya kerana sifat mereka yang lembut tidak seperti lelaki yang lebih ageresif. Di sini, wanita akan di ajar bagaimana untuk mempertahankan diri  dan turut diberikan semagat agar mereka tidak gentar untuk berhadapan dengan penjenayah,” katanya

Dia berkata, terdapat juga beberapa ahli silat ini yang berjaya mewakili negeri ke pertandingan silat kebangsaan dan  Sukan Malaysia(Sukma)

“Saya percaya, ilmu persilatan bukan sahaja dapat meningkatkan daya ketahanan diri tetapi dapat melahirkan individu yang menghormati golongan tua.

“Bukan sahaja Silat Bangau Putih, malah semua  jenis ilmu persilatan di negara kita turut meniktikberatkan soal hormat-menghormati antara ahli dan juga golongan atasan.

Menurutnya, terdapat 10 buah gelanggang  silat Bangau Putih di daerah Yan yang sedia digunakan untuk menjalankan latihan seni silat tersebut.

“Saya harap agar Seni Silat Bangau putih ini terus mendapat perhatian dari penduduk setempat sekaligus dapat melahirkan pensilat yang berhati waja dan penuh dengan ilmu dunia dan akhirat,” katanya

 

About these ads

~ by roletcha on December 6, 2010.

2 Responses to “Silat Bangau Putih utamakan ketangkasan”

  1. as,kum…..boleh kah beri no fon

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: