Permohonan Zakat, layakkah kita?


Oleh- Mohd Rizal Abdullah

Lebih seribu penduduk membanjiri perkarangan Pejabat Zakat Daerah Yan untuk mendapatkan bantuan zakat persekolahan.

GUAR CHEMPEDAK- Lebih 1000 penduduk di daerah ini memenuhi perkarangan Pejabat Zakat Daerah Yan untuk mendapatkan borang zakat persekolahan seawal jam 6.30 pagi semalam.

Borang zakat bantuan persekolahan yang diedarkan semalam adalah bertujuan untuk membantu penduduk di daerah ini yang mempunyai bilangan tanggungan anak yang ramai.

Pegawai Pejabat Zakat Daerah Yan, Hamidi Mohd Nor berkata, sebanyak 1150 borang telah diperuntukkan di daerah ini.

“Tidak dinafikan borang berkenaan memang tidak mencukupi, tetapi ini adalah berdasarkan kuota yang telah ditetapkan di daerah ini. Tahun sebelumnya hanya 1000 borang diedarkan tetapi tahun ini ditambah kepada 150 menjadikannya berjumlah 1150 borang.

“Untuk pengetahuan, 50 borang akan diberikan kepada amil dan imam kerana mereka menjalankan tugas pengutipan zakat. Namun begitu, disebabkan belas ihsan kepada masyarakat setempat, kami menyerahkan semua borang tersebut kepada penduduk yang hadir. Maka, kami terpaksa mendapatkan borang tersebut dari ibu pejabat untuk diberikan kepada amil dan imam yang sememangnya layak mendapat zakat ini,” katanya.

Menurutnya, pihak zakat akan mengkaji secara terperinci setiap permohanan yang diberikan untuk mengelakkan sebarang persoalan kelak.

“Zakat persekolahan boleh dikategorikan sebagai zakat fisabilillah, syarat untuk mendapatakan bantuan ini adalah pemohon perlulah terdiri dari ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak dan bagi pemohon yang masih mempunyai suami dan isteri perlulah mempunyai 3 orang anak keatas,” katanya.

Hamidi Mohd Nor

 

Dia berkata, terdapat beberapa pemohon yang cuba menipu dalam mendapatkan bantuan zakat ini.

“Setakat ini, kes yang diterima adalah, isteri dan suami mengambil dua borang walaupun sepatutnya mereka hanya layak mendapat satu borang. Perkara ini mudah bagi zakat kerana kami hanya menggunakan sistem komputer untuk mengenalpasti setiap data pemohon. Sesiapa yang melakukan perkara sebegini akan dipantau agar mereka tidak menipu buat kali kedua.

“Walaupun begitu, pemohon yang cuba menipu akan merugikan pemohon yang lain untuk mendapatkan borang. Perkara ini sememangnya amat mengecewakan kerana salah satu borang permohonan dari pasangan yang menipu itu akan ditolak seterusnya merugikan pemohon yang betul-betul layak mendapatkan borang tersebut,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, bantuan fisabilillah merupakan bantuan yang diberikan kepada anak-anak tanpa menilai dari segi sektor pekerjaan ibu dan bapa.

“Memang tiada syarat pendapatan dikenakan untuk mendapatkan bantuan ini,  tetapi setiap ibu bapa haruslah jujur dan bersimpati kepada individu yang benar layak mendapatkan bantuan ini.

“Terdapat beberapa kes melibatkan seseorang pemohon yang lewat datang mengambil borang disebabkan ketiadaan pengangkutan. Kes ini akan dinilai semula kerana pemohon memang memerlukan berbanding pemohon-pemohon yang lain,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati terdapat beberapa pemohon menaiki kenderaan mewah ketika ingin mendapatkan borang permohanan ini.

Lebih mengecewaka,  terdapat beberapa pemohon yang meletakkan kenderaan mewah mereka jauh dari  pandangan ramai.

Hamidi berkata,  pihak zakat tidak boleh mempertikaikan kenderaan yang digunakan oleh ibu bapa kerana ia merupakan zakat fisabilillah.

“Walupun begitu, terdapat ruangan di dalam borang tersebut yang bertanya adakah kita layak. Ini membuktikan setiap pemohon haruslah jujur dan ikhlas dalam melakukan setiap perkara,” katanya ketika ditemui.

 

 

About these ads

~ by roletcha on January 4, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: